Brooder untuk anak ayam kampung saiz 3kaki x 6kaki
Kaedah pembuatan EMAS ( Effective
Microorganism Activated Solution ) atau EM4
Biasanya EM yang kita beli di kedai
adalah EM1 atau pure EM yang dalam keadaan dormain
atau tidak aktif. Untuk
menggunakannya dengan lebih ekonomikal, kita hendaklah membuatnya untuk
menjadikan aktif di panggil EMAS atau EM4.
Sukatan adalah spt berikut , ini
untuk membuat 1500ml atau 1.5 lit air EMAS
1. Sediakan air bersih tanpa klorin
1400 ml
2. Sediakan air gula merah 75ml (
guna penyukat ) air gula merah di buat dengan campuran 1bahagian gula merah dan
1 bahagia air di rebus kacau sampai melarut.sejuk dan tapis
simpan dalam botol letak dalam peti
sejuk
3.Air EM1 ...sukat sebanyak 75ml
juga
4. Campur kan air gula merah kedalam
botol 1400 ml air tu. Goncang.
5. Masukan EM1 75ml kedalam botol
dan goyang sampai sebati.
6. Simpan pada suhu bilik tenpat
gelap...
7. Botol 1.5 lit tidak diisi penuh
supaya ada sedikit ruang udara....setiap 2 hari sekali buka tutup untuk
lepaskan gas...
8. EM4 atau EMAS ni siap di gunakan
dalam tempoh 5-7 hari activation period.
9. Sebaiknya buat sekadar buleh
habis penggunaannya dalam masa seminggu selepas activation....4-5 hari agak2
nak habis, buat yang baru....cara begitu EMAS sentiasa active.
10. Jika baunya busuk jangan guna,
buang saja, EMAS yang baik berbau masam manis macam tapai.
Manafaat EM-4 Dalam
Penternakan
§ Mengimbangi mikroorganisme yang menguntungkan dalam
perut ternakan.
§ Memperbaiki dan Meningkatkan kesihatan ternakan.
§ Meningkatkan mutu daging ternakan.
§ Mengurangi tahap kematian semasa masih ’bayi’
ternakan.
§ Memperbaiki kesuburan ternakan.
§ Mengurangi stress pada ternakan
§ Mencegah bau tidak sedap pada kandang ternakan dan najis
ternakan.
Aplikasi EM Pada Penternakan
Beberapa Cara Aplikasi EM-4 dalam
Penternakan :
1.Air Minuman Campuran EM dengan konsentrasi ½ – 1% ( jika air
5 lit ( 5000ml) 1% EM = 50ml ) dalam air minum ternakan tanpa klorin, diberikan
setiap hari. Hindari penggunaan antibiotik melalui minum agar EM tidak mati.
Bersihkan bekas air minum dan tempat minum ternakan setiap hari. Pathogen dalam
saluran pencernaan ayam dan ada pada tempat minuman akan di suppress , ternakan
menjadi lebih sihat.
2.Makanan Spraylah EM pada makanan yang segera akan
diberikan, EM akan meresap dalam makanan dan masuk kesaluran pencernaan ayam
bersama makanan.
3.Sanitasi Reban/Kandang Spray reban, najis/tinja termasuk ayam ternakan.
Untuk mengurangi atau menghindar bau busuk, membenteras berbagai pathogen yang
ada pada bulu dan kulit ternakan, bulu atau kulit ternak akan lebih cerah dan
bersih
4.Jamu Ternakan EM dapat digunakan untuk membuat jamu ternakan.
Pada ternak ayam dan itek jamu dapat diberikan setiap hari dengan konsentrasi 1
%, bila telah menggunakan jamu ternakan pemberian EM pada air minum tidak
diperlukan lagi, peternak ayam membuat jamu sendiri dengan ramuan
tradisional yang terdiri dari halia, temu lawak, cekur atau kencur, kunyit,
lengkuas, bawang putih dan daun sirih. Bahan-bahan ini giling atau cincang
halus direndam/fermentasi dengan EM dan molases. Setelah seminggu jamu sudah
siap untuk digunakan. Bila diperhatikan, penggunaan jamu ternakan dari EM,
kuning telur lebih tebal, bau hamis berkurang sehingga sangat baik digunakan
untuk telur asin. Orang – orang yang biasanya alergik telur, dengan telur EM
tidak alergik lagi.
5.Silaj Lembu, kerbau kambing telah biasa diberikan
silaj pada musim kemarau bila rumput susah didapati. Em dapat digunakan sebagai
probiotik pembuatan silaj, rumput kering, jerami, pokok jagung kering dan
lain-lain dapat diolah menjadi makanan ternakan dengan dipotong kecil-kecil
terlebih dahulu, potongan rumput kering ini ditaruh dalam bekas drum atau
tempat lain, ditabur dedak halus dan disiram dengan EM sampai lembab dan
dipadatkan. Pembuatan silaj dilakukan secara berlapis lapis, dengan cara
seperti diatas. Adunan ini kemudian ditutup rapat agar suasananya anaerobic,
setelah 5 hari adunan sudah berbau macam tapai dan sudah boleh diberikan pada
ternakan. Kerana proses fermentasi, kandungan nutrients silaj lebih tinggi dari
asalnya dan dapat disimpan lebih lama untuk memenuhi keperluanmakanan pada masa
kemarau atau pada masa makanan sukar di dapati.
6.Makanan di gaul ulang Makanan gaul ulang dapat dilakukan pada
penternakan ayam petelur, cara ini sangat membantu penternak pada masa harga
makanan naik. Pembuatanya cukup mudah. Tinja ayam dijemur kering, digiling atau
kisar dan dicampur dengan dedak padi, disiram dengan EM dan molases dan
difermentasikan dalam keadaan anaerobic. Fermentasi hanya diperlukan 24 jam dan
makanan gaul ulang ini dicampur dengan dedak ayam pada masa pemberian makan.
Perbelnjaan di jimatkan sebanyak 25-30 % kesihatan dan production seperti
biasa.
No comments:
Post a Comment