Tadi pagi beli 20 ekor anak ayam belanda di Pekan Nenas.
seekor RM15-00
PANDUAN TERNAK AYAM BELANDA
1.Umur 1
Hari hingga 2 minggu
·
anak
ayam dipelihara dalam kotak khas (brooder) yang dibekalkan mentol sebagai
pemanas.
·
suhu boleh
dikawal menggunakan thermostat bagi menjimatkan tenaga elektrik
·
permulaan
(starter crumble) Makanan permulaan adalah untuk anak Ayam Belanda umur sehari
sehingga 3 minggu diberikan
·
Air yang
secukupnya
·
Jaring anti
nyamuk di pasang sekeliling brooder bagi mengelakkan penyakit puru dan lain2
lagi.
2.Umur 2 minggu Hingga 4 minggu
·
Anak ayam
sudah boleh tidak diberikan lampu
·
dedak halus
dicampur jagung halus sudah boleh di berikan beransur-ansur
·
boleh di
pindahkan dari brooder ke reban didik bagi menjaga kebersihan
·
EM
disemburkan di najis bagi mengelakkan pembiakan lalat dan amonia
3. Umur 2 bulan
·
Anak ayam
sudah boleh diturunkan ke atas tanah secara beransur-ansur
·
dedak kasar
boleh diberikan
·
pada masa
ini lebihan makanan dan rumput napier boleh diberikan kepada Ayam belanda ini
supaya isinya kental dan sihat
·
Elakkan
memberikan makanan lebih yang berminyak.
Pembiakan
1.
boleh
dibiakkan dalam dua cara sama ada biar ayam belanda mengeram sendiri atau
menggunakan incubator
1.
Di Amerika
dan Eropah teknik permanian berhadas seperti lembu di gunapakai bagi
mensenyawakan benih jantan kedalam betina untuk mendapatkan baka dan hasil yang
optimum
2.
Di malaysia
kaedah semulajadi di gunapakai iaitu ayam belanda berkahwin sendiri ini adalah
kerana permintaan ayam belanda yang bermusim dan tidaklah menjadi menu harian
seperti ayam daging
Makanan
1.
permulaan
(starter crumble) perlu mengandungi 19 – 22 % CP Makanan permulaan adalah untuk
anak Ayam Belanda umur sehari sehingga 3 minggu
2.
makanan
pembesar (finisher pellet) mengandungi 16- 18 % CP.makanan pembesar adalah
untuk peringkat 4 minggu hingga jual.
3.
Jagung halus
juga boleh dicampurkan pada masa ini utuk menjimatkan kos
4.
Bagi Free
Range juga adalah lebih baik untuk Ayam Belanda
TIPS UNTUK
PENTERNAK
Anak
ayam yang berumur 1 – 15 hari perlu diberi perhatian lebih kerana ianya
menentukan masa depan ayam itu. Sebab itulah untuk sesiapa yang baru nak
belajar-belajar, beli anak ayam yang berusia 15 hari ke atas untuk mengurangkan
risiko kematian dan kerugian.
No comments:
Post a Comment